SJKT LDG TELUK BULOH

SJKT LDG TELUK BULOH

Monday, March 15, 2010

Cabaran dunia pendidikan masa kini

Isu berkaitan dunia pendidikan sentiasa menjadi topik perbualan masyarakat tidak kira bila dan dimana sahaja. Pelbagai
isu berkaitan dunia pendidikan dari yang negatif sehinggalah yang positif diperkatakan, baik di warung kopi mahupun
dalam media massa dan elektronik. Tidak terlewat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua
guru di seluruh Malaysia. Khususnya guru-guru saya di Sitiawan dan Teluk Intan dahulu.Perkembangan teknologi
maklumat merupakan satu rahmat kepada dunia pendidikan. Perubahan dan reformasi terhadap sistem pendidikan dan
juga anjakan pemikiran warga pendidik ke arah membudayakan IT dikalangan pelajar merupakan satu pemangkin
kearah memajukan anak bangsa.Dunia masakini tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemudahan teknologi maklumat.
Penggunaan internet dan bahan bantu mengajar berasaskan IT adalah contoh reformasi terhadap sistem pendidikan
negara kita.Namun persoalaannya sejauh manakah implementasi tersebut telah dilaksanakan oleh para pendidik?
Warga pendidik khususnya dari kalangan pendidik veteran yang lahir sebelum berlakunya revolusi internet dan teknologi
maklumat ini kebanyakkan masih kurang celik terhadap penggunaan alat bantuan mengajar yang berasaskan komputer
dan perisian. Kekurangan kemudahan dan infrastruktur bukan lagi alasan kepada kepada kekurangan ini, tetapi ia lebih
kepada kurangnya motivasi dan keinginan seseorang itu untuk meneroka ilmu baru.
Tahniah diucapkan kepada warga pendidik veteran kita yang kini mula mengorak langkah untuk memperkasakan diri
mereka dengan ilmu IT. Tidak dapat tidak ianya mampu untuk menjana kemajuan dalam prestasi pengajaran mereka
seterusnya menceriakan lagi proses pembelajaran para pelajar mereka. Pelbagai inisiatif diambil oleh institusi pengajian
tinggi yang menawarkan kursus-kursus perguruan untuk melengkapkan bakal guru dengan ilmu IT. Salah satunya ialah
membimbing dan mendedahkan mereka dengan sistem pengajaran berasaskan e-learning. Pembinaan laman-laman
web yang berasaskan e-learning menggunakan Learning Management System seperti Dokeos dan Moodle merupakan
salah satu langkah bijak mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Tahniah kepada Cikgu Kamal Azrul
diatas inisiatif beliau membina laman MyUPSR. Laman tuisyen online ini menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk
calon-calon UPSR. Tidak dinafikan terdapat juga usaha-usaha pihak tertentu yang menubuhkan laman-laman e-learning
untuk para pelajar. Tetapi kebanyakkan mereka berorientasikan keuntungan dan perniagaan.Langkah yang diambil oleh
CIkgu Kamal Azrul adalah salah satu contoh motivasi diri untuk membudayakan IT dikalangan warga pendidik dan
pelajar. Secara tidak langsung beliau telah berjaya menarik rakan-rakan pendidik untuk turut sama membangunkan
sistem tersebut.

SUMBER;
http://iznan.com/elearning/?p=22